Name:
Shipping Address :
Phone No. :
Email Address:
Package ALSD2 (Semenajung Malaysia) None
Package A (RM690)
Package B (RM630)
Package C (RM390)
Package D (RM330)
Pekej *IH1 (RM280)
Pekej *IH2 (RM430)
Package ALSD2 (Sabah & Sarawak) None
Package A (RM760)
Package B (RM720)
Package C (RM430)
Package D (RM380)
Pekej *IH1 (RM310)
Pekej *IH2 (RM460)
Payment : COD (Shah Alam Area only)
MAYBANK2u.com
PeBANK.com
RHB Online

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, October 17, 2012

ALPHALIPID SDII vs OBESITI

Sumber dari : Google & Wikipedia


Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.
Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.
Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.



Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa negara kita merupakan negara No.1 dalam Asean yang mempuanyai ramai pengidap Obesiti. Kalau dah Asean kita yang pertama, bayangkanlah sendiri berapa ramai lah agaknya pengidap obesiti ini. Saya bagi contoh, kalau anda sedang berada di kompleks-kompleks membeli belah misalnya. sepanjang 1-2jam anda berada disitu, cuba anda buat penilaian, berapa ramai yang tergolong dalam golongan obesiti ini?




Masalah obeseti juga adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan. Bayi obesiti juga merupakan sesuatu perkara baru dan tidak mudah diterima. Adaanggapan yang biasa bayi gemuk dan comel adalah sihat, tetapi ada penyelidikan menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan.
Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi. Bagi mengelakkan masalah bayi mempunyai berat badan berlebihan apa yang perlu dilakukan adalah penyusuan secukupnya sehingga usia lebih kurang enam bulan dan permulaan makanan pejal pada usia yang sama sambil meneruskan penyusuan.

PUNCA OBESITI
 
1) Genetik dan Keturunan -Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti.

2) Sebab persekitaran -Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti.

3) Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti.

4) Sebab psikologi -Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

5) Masalah metabolisme - Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.



 Risiko Penyakit

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus

APLHALIPID SLIM DIET II membantu?

  1. Ia secara keseluruhannya adalah semula jadi, selamat, berkesan dan kos efektif.
  2. Ia tiada usaha menahan kelaparan dan jumlah pemakanan yang memuaskan dilakukan seharian.
  3. Anda dapat mengukur, dengan cara ujian mudah, sama ada anda membakar lemak atau tidak.
  4. Kamu hanya hilang lemak, bukan tisu badan (selagi dalam diet kalori), mengekalkan otot yang bagus dan kecerahan kulit.
  5. Penyahtoksikan dan pembersihan sistem badan anda secara automatik.
  6. Tawaran merancang dorongan yang bagus, kerana kehilangan berat badan adalah lebih berkesan daripada mana-mana program lain berdasarkan kalori atau prinsip senaman.
  7. Pengenalpastian kadar metabolisme badan anda (tahap karbohidrat kritikal).
  8. Satu sistem sokongan yang sangat berkesan.
  9. Menubuhkan asas dan pengetahuan bagi mengekalkan kawalan berat badan selama-lamanya.
  10. Lebih tenaga dengan tiada diet atau kesan sampingan.



Monday, October 8, 2012

10 Kelebihan ALPHALIPID SDII





10 Kelebihan ALPHALIPID SDII Berbanding Produk Lain

1. Selamat dan efektif kerana bersumberkan alam semulajadi.
2. Memegang rekod dunia penurunan berat badan sebanyak 64kg dalam masa 1 bulan.
3. Berdasarkan jumlah jualan di Asia-Pasifik sa

haja, Slim Diet II telah berjaya menurunkan sebanyak 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.
4. SDII adalah program pelangsingan badan yang pertama di dunia yang mengamalkan teknik diet karbohidrat rendah.
5. Penurunan berat badan pada kadar 250g-500g setiap hari.
6. Pada setiap 500g lemak yang dibakar ditukarkan menjadi tenaga kepada 3000 kalori.
7. Tiada masalah kulit kendur & berkedut kerana SDII berasaskan protein soya.
8. Tidak perlu berlapar. Program SDII mewajibkan anda makan 3 kali sehari.
9. Membantu mengurangkan masalah kesihatan berkaitan obesiti.
10. Menjimatkan, mudah, & terbukti berkesan.
 
Call/SMS 017-3653902 (Baiti) untuk dapatkan ALSD2 anda hari ini!!
 
 

Wednesday, October 3, 2012

Stress & Diet





Stress adalah keadaan normal badan dalam menghadapi bahaya ataupun terasa dikecam. Apabila anda berada dalam keadaan bahaya, badan biasanya akan memberi tidakbalas tersendiri. Dalam keadaan terkawal, adrenalin ditambah menyebabkan badan dan fungsi otak menjadi bertenaga. Mampu mengerah dengan menutup sebahagian fungsi dan memberi tumpuan kepada kepekaan (fokus), tahap berfikir dan tindakbalas sekali ganda berbanding normal bagi membolehkan seseorang terus hidup (contoh: ketika menghindari kemalangan).

Tindakbalas stress juga membolehkan kita bangun menghadapi cabaran. Contohnya tumpuan terhadap kecemerlangan dalam memberi penerangan (presentation), pelajar menjadi fokus dalam mengulangkaji ketika hampir hari peperiksaan daripada biasanya dihabiskan untuk menonton tv dan lain-lain.

Namun, melebihi dari tahap tertentu, stress boleh mendatangkan mudarat. Stress tidak terkawal sebegini (walaupun seseorang itu nampak tenang) namun berupaya memulakan kerosakan terhadap kesihatan, mood, produktiviti dan hubungan kita dengan seseorang, juga kualiti hidup.

5. Gejala Penyakit Akibat Stress
Sakit kepala (migrain) - akibat peningkatan mendadak pengaliran darah
Kejang otot - akibat saraf simpathetic yang tinggi
Sakit sekitar mulut - tekanan berlebihan keatas gusi
Jarang bermimpi ketika tidur - tidur tidak nyenyak
Gusi berdarah - hormon kortisol meningkat, mengurangkan keupayaan imunisasi badan seterusnya menyenangkan jangkitan bakteria di mulut
Jerawat - hormon tidak seimbang
Mengidam makanan manis - bukan sebab estrogen, tetapi kerana logik stress semata-mata
Kegatalan kulit - pengaktifan saraf yang memberi sensasi gatal pada kulit
Alergic berlebihan - imunoglobulin E (IgE) dirembeskan dalam darah memberi sensasi alergic
Sakit perut tiba-tiba - teori saraf di otak yang stress menyebarkan tidakbalas ke saraf di sistem perut yang sepatutnya tidak berlaku dalam keadaan normal.


Kaitan Stress yang melambatkan proses penurunan berat badan.

Dalam masa kita menjalani 'Diet' bagi menurunkan berat badan. Punca lain yang menyebabkan berat badan kita lambat turun atau tidak turun adalah kerana Stress. Disebabkan itu, ketika anda sedang berdiet dalam plan diet APLHALIID SD2. Anda digalakan untuk tidak terlalu memikiran tentang KG yang akan diturunkan. Lebih elok jika ketika menjalani proses diet ini dengan lebih tenang dan bersahaja. Kerana apabila anda terlalu memikirkan jumlah KG yang ingin anda turunkan atau akan turun, maka berlakunya Stress. Apabila Stress berlaku, Masalah hormon juga akan menjadi tidak seimbang, ianya sedikit sebanyak akan menggangu & melambatkan proses penurunan berat badan.
Jadi lebih elok lah jika ketika anda sedang menjalani proses diet, anda perlulah memberi keselesaan & ketenagan keatas diri anda supaya proses penurunan berat badan itu berjalan dengan baik & sempurna.