Bebagai penyakit boleh menimpa
kilang ovari kita, salah satunya adalah CYST yang biasanya mengandungi air,
lendir, darah kotor, lemak. Dalam ‘Dermoid cyst’ diantara kandungan
yang aneh ialah rambut, cartilage, gigi dan tulang.
Ada CYST yang wujud secara sementara sahaja saperti ‘follicular
cyst’ yang mengandungi air atau ‘Corpus Luteal Cyst’ yang sering
mengiringi peringkat awal kehamilan dan mengandungi darah dan lendir.
Cyst tersebut biasanya tidak perlu dibedah dan boleh pecah secara
spontan dan cecair diserap oleh badan.
Follicular
cyst
Follicular
cyst boleh membesar
1. Banyak kali ‘cyst’ dan ‘tumour’ pada kilang ovary dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan untuk tujuan lain. Tidak ada tanda dirasai.
2. Gangguan dalam pusingan haid saperti lambat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan.
3. Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.
4. Sakit senggugut, sakit watu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.
5. Perut membesar tanpa hamil.
6. Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause)
7. Gangguan kencing atau air besar.
8. Dalam kes kanser ovary diperingkat lambat – hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.
Endometriosis
Endometriosis mempunyai beberapa peringkat.
Peringkat pertama dan kedua tidak semestinya berkait dengan kesuburan manakala peringkat ketiga dan keempat pula berkait dengan kesukaran hamil.
Peringkat ini dapat diketahui selepas pembedahan menerusi sistem pemarkahan yang dibuat sewaktu penilaian terus pembedahan terbabit ke atas taburan tisu endometriosis pada rahim, tiub falopio, ovari, dinding pelvis dan seumpamanya.
Endometriosis
Ini bagi memusnahkan baki sel endometriosis yang dijangka masih ada dan perlu ‘dibersihkan’ agar ia tidak berulang dengan cepat. Ada juga doktor yang berpendapat berlainan dalam merawat pesakit iaitu secara terus memulakan rawatan kesuburan sejurus selepas pembedahan untuk tidak melewatkan lebih masa atau usia.
Pembedahan pertama amat penting untuk menghilangkan sebanyak mungkin tisu endometriosis, bukan saja ia memberikan hasil atau peluang terbaik malah keadaan berkaitan rawatan kesuburan lazimnya turut dilakukan atau diperbetulkan walaupun tidak mungkin dapat mencapai keadaan sedia ada yang normal, seelokeloknya ia dilakukan doktor pakar kesuburan.
Memandangkan cyst endomeriosis lazimnya bukan satu tetapi banyak, pembedahan lazimnya dilakukan secara teliti untuk mencari dan membuang setiap satu cyst yang ada termasuk kelongsong cyst terbabit agar ia tidak berulang dengan lebih cepat.
Pembedahan kedua dijangka lebih rumit kerana terpaksa menangani parut kesan pembedahan pertama.
Jumlah Endometriosis yang banyak boleh mengganggu kesuburan ovari
Anda dinasihatkan meneruskan rawatan dengan doktor anda yang lebih mengetahui keadaan dalaman sewaktu pembedahan itu. Pilihan sama ada untuk menjalani pembedahan semula atau meneruskan rawatan IUI atau IVF boleh dibuat setelah meneliti kelebihan dan kekurangan rawatan berkenaan.
Rawatan IUI atau IVF kini lebih lazim dimulakan secara rangsangan ovari melalui pemberian ubat kesuburan. Malangnya ubat kesuburan dijangka mungkin turut membesarkan cyst endometriosis. Anda harus faham kemungkinan risiko ini.
Selain itu, penyakit endometriosis yang masih aktif juga menurunkan peluang kehamilan seseorang, malah turut meninggikan risiko keguguran. Berbincanglah semula dengan doktor anda.
Penyakit endometriosis dikatakan berasal daripada tisu endometrium iaitu lapisan terdalam dinding rahim yang membentuk haid.
Tisu dan darah haid ini bukan saja keluar melalui faraj, malah sebahagiannya keluar melalui tiub falopio ke dalam ruang dalaman pelvis dan merebak ke ovari dan seumpamanya.
Memandangkan anda masih muda, ini bermakna penyakit ini tidak semestinya hilang terus malah berpotensi untuk berulang semula selepas setiap kedatangan haid. Ia hanya dijangka berkurangan dan pulih setelah wanita mencapai menopaus.
Ia juga dijangka berhenti sementara apabila wanita menerima rawatan hormon yang menyebabkan kesan menopaus seperti agonis GnRH.
Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/
Saya nak update satu cerita seorang pengguna Alpha Lipid Sd2. Beliau salah seorang client sy yang baru sahaja menggunakan ALSD2 2minggu, dan masih lagi dalam proses diet. Nama beliau Kak Zue yang berasal dari Alor Setar, Kedah. 2minggu lalu beliau hubungi saya terus melalui panggilan telephone. Seperti pengguna-pengguna saya yang lain, untuk permulaan, mereka ingin mengetahui lebih lanjut & mendalam lagi tentang kelebihan & kebaikan ALSD2 ini.
Saya diberitahu oleh Kak Zue, selain mempunyai masalah berat badan dari zaman sekolah hingga kini. Kak Zue juga mempunyai masalah hormon yang tidak stabil & period yang tidak menentu. Ini menyukarkan dia untuk hamil. Kak Zue sudah 6tahun berkahwin masih belum mempunyai zuriat. Akibat daripada masalah Period & Hormon yang tidak menentu itu Kak Zue disahkan pula mempunyai ketumbuhan di pangkal rahimnya iaitu CYST. Masalah CYST beliau sudah hampir 2tahun. Pelbagai usaha & ubat telah dia cuba namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah CYST itu. Kak Zue memberitahu saya yang CYST nya kadang-kadang susut/mengecil, kadang-kadang membesar. Tapi tak pernah lagi hilang. Dia ingin sangat masalah CYST nya hilang dan tidak kembali lagi. Pada dia bila ada CYST ini, lagi susah untuk dia merangcang untuk megandung. Sedikit sebanyak ianya membantutkan lagi usaha dia untuk mendapatkan zuriat.
Saya terus memberi cadangan untuk dia mencuba ALSD2 ini selama sebualan dahulu. Dengan sidikit tips & panduan untuk dia ikuti. Alhamdulillah, Hari ini setelah 2 minggu dia menggunakan ALSD2, Kak Zue telah menghubungi saya memberitahu yang dia gembira sangat kerana doktor kata CYST nya semakin mengecil dan kurang, kebarangkalian dia untuk mengandung makin cerah. Alhamdulillah tak perlu Kak Zue membuat pembedahan. Saya dengar suara Kak Zue sebak jer, Mungkin sebak kegembiraan atas berita yang dia terima itu. Saya tahu dia amat gembira sekali. Tak henti-henti dia mengucapkan 'Terima Kasih' kepada saya. Saya cakap pada Kak Zue, Jgn berterima kasih lagi kerana dia belum habis plan diet ALSD2 lagi.
Syukur semua itu bukan dari saya, saya hanya mencadangkan sahaja beliau untuk mencuba ALSD2 ini, mana tahu ianya dapat membantu. Apapun saya gembira dengan perubahan Kak Zue. Bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah dapat menyelesaikan masalah yang kita sendiri tidak jangka kan. Insyaallah dengan ALSD2 ini harap dapat membantu Kak Zue untuk menpunyai anak suatu hari nanti. Sama-samalah kita doakan.
Kita tunggu update terbaru dari Kak Zue nanti.
0 comments:
Post a Comment