Ingin di ingatkan bahawasanya ALPHALIPID ini bukan lah ubat. Ianya adalah makanan tambahan (supplement) yang dapat membantu merawat penyakit. Jagan pula ada yang salah faham atau salah tafsir tentang ALPHALIPID ini.
Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus
merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan
hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah), terutamanya
selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
- Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.
- Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diebetes jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan ( suntikan insulin diperlukan sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesa sampingan kepada pesakit)
- Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
Golongan berisiko tinggi.
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
- Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
- Mereka yang berat badan agak tinggi
- Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
- Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
- Kegagalan buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan / Katarak
- Koma (hilang kesedaran)
- Angin ahmar (strok)
- Sakit saraf atau "mati pucuk"
- `gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk
Google
Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :-
- Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin
- Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin
Google
PENGAWALAN:
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
- Penjagaan pemakanan dan berat badan
- Kerap bersenam
- Pengubatan
- Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Google
0 comments:
Post a Comment